
TWG Roadmap Tenaga Pengajar Institusi TVET@KKDW
Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah telah mewujudkan Jawatankuasa Technical Working Group (TWG) tetap di peringkat agensi/Institusi TVET@KKDW bagi mengenalpasti serta meneliti isu-isu berkaitan pelaksanaan program TVET@KKDW dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan, menyelaras pelaksanaan serta pemantauan mengikut fokus Jawatankuasa TWG Roadmap Tenaga Pengajar Institusi TVET@KKDW.
Dalam usaha memperkasakan TVET secara berterusan, pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah mewujudkan Jawatankuasa TWG Roadmap Pengajar Institusi TVET@KKDW yang diketuai oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Tujuan pewujudan TWG ini adalah bagi menyediakan roadmap program/kursus berkaitan pembangunan modal insan untuk peningkatan kompetensi, kepimpinan serta kerjaya bagi Pengajar Institusi TVET@KKDW.
Sehubungan dengan itu, pihak UniKL memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk melengkapkan Borang Profil Tenaga Pengajar Institusi TVET ini bagi membolehkan pihak UniKL melaksanakan pengumpulan dan analisis data Tenaga Pengajar di Institusi TVET bagi tujuan membina satu pangkalan data Tenaga Pengajar TVET. Melalui aktiviti pengumpulan data ini, satu pangkalan data yang komprehensif dapat dibangunkan di mana jurang pengetahuan teori dan teknikal dalam bidang kritikal dapat dikenalpasti seterusnya merancang peningkatan kemahiran Tenaga Pengajar TVET melalui persijilan profesional dan pembangunan akademik dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Bagi pihak UniKL, kami menghargai kesudian pihak tuan/puan untuk meluangkan masa dalam melengkapkan maklumat yang dipohon. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Arahan:
Sila isi kesemua bahagian yang terdapat di dalam Borang Profil Tenaga Pengajar ini yang terbahagi kepada tiga bahagian seperti di bawah:
Bahagian A : Maklumat Agensi atau Institusi
Bahagian B : Maklumat Individu
Bahagian C : Deklarasi Perlindungan Data Peribadi